Friday, May 25, 2012

Bahagia yang dicari.

Mungkin terkadang manusia tak diberi banyak pilihan untuk diri sendiri. Tapi bilamana datangnya pilihan itu, kita pilih dan kita harus percaya. Dengan sendiri.

Bahagia? Semua manusia diberi kebahagiaan. Ada manusia yang bahagia di awal hidupnya, ada yang dipertengahan hidupnya, ada manusia yang bahagia di penghujung hidupnya dan ada juga yang menanti bahagia yang tak kunjung tiba, hingga akhir usia. Aku? Alhamdulillah dan InsyaAllah bahagia dari awal hingga akhir waktu.

Ahh. Tapi semua itu cuma bahagia duniawi. Bahagia ukhrawi?

Hakikatnya, duniawi aku sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan, mungkin juga kemewahan. Benarlah pengalaman mematangkan kita. Semakin pengalaman itu mematangkan aku, semakin aku terasa untuk mencari kebahagiaan ukhrawi. Persediaan ke ukhrawi lebih tepat. Duniawi terlalu banyak perbezaan. Miskin dan yang kaya. Hitam dan yang putih. Muda dan yang tua. Sihat dan yang sakit. Dan hidup berserta yang mati. Tapi di ukhrawi kita manusia seumat semuanya sama sahaja dimata DIA. MasyaAllah.

Jadi tak perlulah terlalu bermegah dengan duniawi sementara. Kerana ukhrawi jua yang kekal disana.

Hati terdetik untuk perlahan lahan mengubah diri, memperbaiki diri. Kepada yang lebih dekat dengan Ilahi. Terkenang kata2 seorang lelaki yang sudah lanjut usia, yang aku gelar 'bapa', Carilah masa untuk DIA, nescaya DIA akan memberikan lebih masa untuk kita. Ya aku manusia, manusia biasa. Yang seringkali terleka. Lupa pada DIA, tapi DIA sentiasa tak pernah berhenti mengurnia semua yang aku pinta.

Semoga diri ini lebih tabah dan ikhlas bila masa itu tiba. Masa untuk aku berubah. Mungkin bukan berubah kepada seorang yang bertudung labuh dan litup tapi cukuplah sebagai seorang gadis yang tahu batas2 dalam agamanya. Gadis yang masih tegak akidahnya. Yang masih menjaga maruah keluarga dan agamanya. AMIN.

Semoga jejaka itu kekal menjadi cintaku yang satu. Jauh disudut hati, dalam doa, aku sentiasa berharap dialah Adamku. Aminyarobbal'alamin.

Doa tanpa henti. InsyaAllah.